Pages

Aku Anak Pemandu.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tak update blog ni.
Bersawang, habuk, debu bagai...
Hari ni terasa nak update sesuatu la pulak..hehe..

Hari ni nak share la pengalaman aku dengan korang. Ala2 kisah darjat2 jugak la ni..
Sebelum tu aku nak share sikit la tentang diri aku yang berkaitan dengan story kali ni...
Aku anak kedua daripada empat orang adik beradik. Dan aku anak perempuan bongsu.. hehe
Parents aku dua2 kerja dengan Felda. Mama aku sebagai pembantu tadbir, dan abah sebagai pemandu je...

Nak dijadikan cerita, selepas mendapat keputusan SPM pd tahun 2011, sama juga macam orang lain, aku pun bertungkus lumus isi upu, biasiswa, dan termasukla borang IPG pn aku isi. Alhamdulillah rezeki agaknya, aku terpilih untuk ke temuduga IPG di Kuala Lipis. Masa tu aku interview untuk subjek Chemistry.
Pada hari interview tu, abah yang hantar aku ke sana. Perjalanan dari rumah ke kuala lipis mengambil masa kira2 1 jam setengah jugak la..

Mase interview tu ade 3 ujian kalau tak silap, mula2 ujian bertulis, lepas tu temuduga berkumpulan, diikuti dengan temuduga secara individu.
Semuanya berjalan lancar sehingga lah aku masuk untuk temuduga individu.

Encik 1 : awak ros shakinah binti hashim?
Aku : ya saya.
Encik 1 : okay, sekarang perkenalkan diri awak dalam bahasa melayu.

Aku pun perkenalkan diri aku. Cerita pasal adik beradik. Latar belakang keluarga. Termasukla pekerjaan kedua ibu bapaku.
Lalu sesi temuduga individu pun bermula. Pelbagai soalan diajukan dan aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab dengan penuh yakin. Sehinggalah soalan terakhir yang diajukan oleh penemuduga yang ketiga.

Encik 3 : tadi awak cerita bapa awak bekerja sebagai pemandu kan?
Aku : ya, ayah saya bekerja sebagai pemandu.
Encik 3 : kawan2 awak yang lain, semuanya anak doktor, engineer, pilot.. awak anak pemandu je.
                  Latar belakang awak tak sama dengan mereka. Awak rasa awak ni layak ke  nak jadi sama2 dengan mereka? Awak tak malu ke ayah awak kerja jadi pemandu je? Orang lain semua anak orang senang.

Fuhhhh... sentap aku dengan soalan tu., tak pernah aku g interview org ckp pasal kerja ayah aku.
Nak marah pon ada. Sedih pon ada. Aku pon fikir la kejap dalam 30 saat aku pn jawab dengan tenang sambil tenung muka orang yang interview aku sepranb demi seorang.

" Encik, saya memang anak pemandu. Ayah saya memang kerja sebagai pemandu. Saya tahu saya tak sama macam orang lain. Permulaan hidup saya memang susah. Tapi walaupun ayah saya pemandu, tak pernah sekali pun dia abaikan saya. Tak pernah pun ayah saya miss nak datang sekolah untuk tanda buku rekod saya malah bangga lagi nak sign buku rekod saya. Saya tahu orang lain anak orang hebat2. Anak doktor, mungkin anak pensyarah macam encik2 ni. Ayah saya pemandu je, tapi setiap dua minggu, ayah saya datang melawat saya di asrama yang jaraknya lebih 200km dari rumah saya. Kawan2 saya yang anak doktor, anak engineer tak de pon macam tu. Kenapa saya nak malu? Hari ni ayah saya yang hantar saya ke sini. Ya, ayah saya yang seorang pemandu je boleh hantar saya ke sini. Encik2 yang dah berjaya boleh hantar anak2 encik macam ayah saya buat? Sempat ke? Kenapa saya nak malu kalau Ayah saya lagi hebat dari encik.."

Seorang dari penemu duga itu tunduk. Yang lain2 da berubah muka dan mengangguk mengiakan apa yang aku cakap dan dia orang pu  berbincang la sekejap.

Encik 2 : shakinah, saya rasa tempat awak mungkin bukan di sini, kat luar sana banyak lagi tempat yang lebih baik untuk awak. Yang penting semangat tu jangan hilang.  Nanti dah berjaya, jangan lupakan jasa ayah awak. Nanti dah berjaya saya nak awak balas balik semua usaha ayah awak. Buktikan ayah awak ayah yang berjaya. Saya doakan awak berjaya kat luar nanti.

Oh masa tu aku pon speechless dan lepas cakap terima kasih aku pon keluar. Blur seketika. Tengok abah dah tunggu kat luar.

Abah : ha macamana? Ok tak?
Aku : ok je.. tak de ape pon lah., hehe

Ya saya anak pemandu je. Bukan anak orang kaya macam orang lain. Tapi abah sentiasa berikan yang terbaik untuk kami adik beradik, sentiasa buat kami macam anak2 orang lain. Setiap kali datang melawat kat asrama, sebelum balik abah dengan mama mesti pesan "belajar elok2. Dapatkan straight A's ye".. orang yang paling happy bila tengok anak dye naik pentas dapat hadiah. Even da masuk uia pon abah still lagi datang melawat. Along yang duduk dekat gua musang pon abah nak datang tengok lagi. Padahal kitaorang yang patutnya balik. Tapi abah kata takpe. Abah cakap, "Biar la abah datang tengok anak dara abah, sejuk sikit hati nanti nak serah kat orang lain jaga bila abah dah tak ada nanti."

Sekarang Alhamdulillah dah senang. Abah kata seronok tengok anak2 dapat belajar tinggi-tinggi.
Terima kasih abah sebab jadi ayah yang baik. =)
I love you so much.

P/s entry kali ni tak banyak cerita pasal mama sebab ni entry ekslusif untuk abah,, hehe.. ok bye. Assalamualaikum =)

3 comments:

  1. Wow, I never thought that kind of stupid person still exist in this world. That question shouldn't be raised. But anyway nice answer. Just be confident of yourself regardless of our family background. Just be positive and thing about those who are less fortunate than us, and then we will appreciate what we have atm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah.. smpai skrg x crite kt sape2 pn in my fmly.. tkug kcik hti pulak nnti., kau pn nnti jd la ayah yg baik., =)

      Delete
    2. Yeah.. smpai skrg x crite kt sape2 pn in my fmly.. tkug kcik hti pulak nnti., kau pn nnti jd la ayah yg baik., =)

      Delete

kindly leave your comments and response here. =)