Pages

CeRiTa PeNanG KaMi!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. =)

Macam mana dengan hari anda semua? Seronok tak?
Puasa macam mana? Penuh lagi tak? Hihi..
Apa-apa pun saya mendoakan kesejahteraan hari-hari anda semua.

Okay, entri kali ni nak share dengan anda semua tentang percutian saya bersama rakan-rakan di Pulau Pinang baru-baru ini. Hihi..
Actually percutian kali ni asalnye cakap-cakap kosong je..tapi tibe2 pulak jadi serius..hihi..
So, kami pun sungguh-sungguh la plan percutian kali ini.. maklum la, first time ni nak bercuti dengan kawan2..jauh pulak tu..  Alhamdulillah berkat kesungguhan semua orang, percutian kami SUKSES!! Yeayyyy!!! Okay  dah panjang mukadimah so jom start cerita pasal perjalanan kami..

DAY 1 – 23 JUN 2014 (ISNIN)

Kami berlima iaitu ( ros, nani, shikin, miza, siti) berkumpul di Pudu. Nak bergerak ke Ipoh… naik bas jer..hikhik.. kecoh jugak lerr..sebab masing2 tak arif pasal Pudu Sentral ni. Cadang nak kumpul kat marrybrown, tapi nak cari marrybrown pon pening..hihi..
 Mula2 siti sampai, lepas tu ros, diikuti shikin and last skali miza & nani pun sampai., kami naik bas plusliner jam 4.30 petang menuju ke Terminal Aman Jaya, Ipoh.

selfie dengan penumpang sebelah..haha

 Kat sana nanti stay umah diba je..hikhik.. dalam pukul 7 petang kami pon sampai ipoh. Disambut oleh Diba and ayahnye, Uncle Razak..ewahh.. hihi..
Sampai rumah Diba, kami makan cekodok yang dimasak oleh Mak Diba.. sedappp tao. #mohonjeles
Lepas maghrib kami bersiap-siap untuk keluar makan serta beli barang keperluan di Penang nanti.
selfie itu wajib..haha
dari kiri siti, miza, diba, ros.



Ha, ni la barang2 yang kiteorang beli especially untuk mengunyah la sebenarnya..haha.. Lepas tu kami pun pergi la makan. Tak tahu la ape name kedai tu, tapi sedappp. Ikan siakap 3 rasa. Tengok la miza and nani ratah sampai tak ingat dunia..haha..


muka lapar..haha

lepas makan, kami pun pulang dan tidurr…zzZZzzzz

DAY 2 – 24 JUN 2014 (SELASA)
Seawal jam 5.30 pagi kami dah bangun bersiap untuk solat dan sarapan. Hari ni kena bertolak awal sebab nak ambil Wani dengan Sana’ dekat Terminal Aman Jaya. Pukul 4 pagi mereka sampai dari Kuala Terengganu.
Lepas ambil wani & sana’ dari Terminal, kira-kira jam 9.30 pagi, kami pun menuju ke PENANGGG!!!

ni masa diba drive,,so boleh selfie dulu..haaha


Destinasi pertama adalah RUMAH FAHIMMMMM..hihi.. dalam pukul 11 lebih, kami pun sampai di Masjid Jamek Seberang Jaya. Berpeluh jugak la nak cari masjid ni, sebab kena tipu dengan GPS..sobsob..padahal masjid kat tepi jalan je..lol.. lepas tu kami pun konvoi la 2 kereta pergi ke rumah Abang Fahim…hihi..

 murah rezeki kami hari ni, mak fahim masakkan mee sanggul untuk kami.. sedappp tu tak yah cakap la.. thorbaik!!! Hihi.. sempat jugak kami bergambar bersama mak fahim. =) thank you aunty =) dan adik fahim jadi mangsa jadi photographer..lalalalalala~

bibik baru..hihi

gadis-gadis calon menantu pilihan.. ewahh..haha

dari kiri fahim, billy, sana', miza, shikin, nani, siti, diba n wani.

with fahim's mummy


lambang 11 ade makna tuuu..hihi


2nd destination is RUMAH BILLY!!..eh salah.. istana billy yang sebenarnya..hihi.. bertuah pulak dapat melawat rumah ketua hakim syariah Pulau Pinang ni.. tengok ni, macam muzium, galeri ape ntah.,.

kalau tangan billy yg snap memang x pernah masuk semua muka..haha

yeayy..tetamu special naik kereta fahim..diba jangan jeles kay..hihi

rumah billy!

semua tengok bawah!!!

besaqqq sungguh lampu kat umah billy ni ha..haha


bergambar bersama mama n nenek billy =)

dengan cermin pon kami teruja.haha

sanggup pijak rumput demi lighting cantik...

rumah billy besar sangat tak muat masuk kamera.haha


 gambar bilik billy tak de dalam memori sebab takut ramai gadis jatuh chenta nanti..haha.. Ada juga yang menggunakan peluang keemasan ini untuk tolong nenek billy memasak di dapur..kat rumah billy kami makan macaroni.. western gituuuu..hihi…

3rd destination is RUMAH NORRA.. kat rumah norra kami tumpang solat zohor.. dan ofkos la…makan lagi sekaliii..spaghetti pulak.. kenyang perut seharian ni..huhu..terima kasih mak norra yang masakkan untuk kami.. =)

eh kenapa fahim drive senyum2 ni?? 

jambatan goyang goyang..hihi..PENANG BRIDGE. =)

hai kereta belakang..haha
ni dah siap make up keluar dari umah norra boleh la selfie..haha

Dalam jam 4 petang, kami pun bergerak ke Penang Street Art!! Haa..time ni la kami posing  bergambar tak ingat dunia.. memang best la lukisan-lukisan kat sini.. dari satu lukisan ke lukisan yang lain agak jauh sebenarnya, tapi kalau korang jangan risau.. boleh sewa basikal atau naik beca kat sini.. tapi kami jalan kaki je pasal tak semua reti kayuh basikal..kikiki..


papa billy, don't leave us!!..haha,

nampak bersungguh nani n norra nak buat muka jahat tu,.

mereka bahagia dengan basikal tuuu

kucing gergasi,,haha


ha berebut la korang dengan basikal tu..haha

first let me take a selfie..

menjerit budak kecik kat belakang tu nani himpit dia..

magic..hihi
depa gossip dengan dinding tu..haha

"hahaha..tak sampai nak ambik!" kata fahim kepada budak kecik tu..

stop looking at me and take your coffee little man..

sorry. no marriage allowed. haha

haha

ada orang dating kat depan tuuuuu...

shin channn...


nani jumpe geng! haha

muka terkejut la konon..haha




tengok muka masing2 tak ingat dunia dah nak beli barang..hihi

shikin siap cakap cina lagi dgn tokey tu nak mintak kurang harga,,haha




Lepas tu, kami menuju ke Taman Kota Lama.. kat sini kami rehat2 je, minum petang n bagi ruang untuk billy n fahim solat asar. Kat sebelah Taman Kota Lama ni adalah Fort Cornwallis.. haa.. boleh la nak tengok meriam zaman-zaman dulu..bayaran masuk rm3.. tapi kami tak masuk pon.hikhik..




selfie lagiii...





monopod tertinggal dalam kereta so terpaksa selfie gune tangan sendiri


the power of htc butterfly s #promotesikit

ni puteri2 selfie..haha

mini vandalism ni..haha
ni baru betul wajah bersantai di taman..haha
di hadapan fort cornwallis..nampak satu meriam pon cukup.haha

rumah atok kfc..hihi

 After that, (oh speaking pulak)..hihi..kami p Straits Quay.. tp panggil Straits K je..hihi.. 
kat sini laa hangpa semua boleh la tengoq kapal layaqq atas ayaqq..haha..#katashikin..
hihi.. kat sini banyak kapal layar.boleh jugak nak jogging ke, cycling ke.. cuci mata pon boleh..hihi..

mula2 msuk straits K

ce teka yang mana satu ros punya?? haha
tgok la mereka ni bergambar dgn pak cik security..hikhik

tengok tu..terkedu bazli tengok kami selfie sampai tutup mulut dye..



rumah sapa ni tak tau laaa...

 6.30 petang, kami pun menuju ke Batu Ferringhi.. Kat sini la homestay kami, di Pangsapuri Pinang Emas. =) 
di perkarangan homestay..hihi


Kami makan malam besar malam tu.. ikan bakar, ikan stim, daging masak merah, tomyam ape lagi ntah.. kenyang weh..haha., 
nani kalau pilih makanan....


dinner time!!

lepas dinner kami jugak p jalan-jalan dekat night market tu. Shopping agak sakan jugak la.. tapi still kena jimat bajet.. baru first day kat Penang ni ha,. Balik homestay, kami pon mandi manda, gossip mossip jap then masuk tidur.. zzZzzz..


DAY 3 – 25 JUN 2014 (RABU)

8pagi, sarapan siap!! Chef siti n miza beraksi di dapur. Menu sarapan kami roti n sup Campbell je..menu orang bujang katekan..haha., pagi tu kamin semua bersiap2 dengan sports attire pasal hari ni kami nak p ber’ekstrem’ di ESCAPE Penang..hihi..

jom ke escape!!

semangat cari angle untuk snap pic wrist tag tuuu...

ni masa masih bertenaga ni..haha


Jam 9.30 pagi kami sampai di ESCAPE.masa ni fahim n billy belum sampai lagi sebab fahim ada hal personal dlu pagi tu. So depa datang dalam pukul 10 lebih.  So kami pun layan la escape dulu..  best tempat ni. Bayaran masuk RM60 and korang boleh la main puas-puas kat sini..


Ada banyak cabaran dalam escape ni. Yang wajib main of course la monkey business..da macam partime monkey pulak kat situ.. gayut sana sini.. haha..
monkey business

billy n fahim dah bersila kat platform..penat lettew...

billy sempat lagi cari kamera walau di udara..haha

abam fahim bersedia untuk flying fox..
tapi lepas tu dye tersangkut kat tengah2 flying fox tu,,haha

Kami semua start dengan level 2 dulu, lepas tu memandangkan ros da sakit tangan, kami p climbing kat gecko tower pulak. Manakala shikin, nani, miza, fahim n billy masih gembira dengan dunia perniagaan monyet (mohon englishkan) mereka..hehe.. banyak lagi cabaran kat sini.. ada ATAN’s leaf..ala-ala bungee jumping jugak la dari ketinggian 20m.

confident sebelum climbing gecko tower..hehe

di saat2 awal..level 3,.

depa ni start dengan level 2 dlu..
opps..wani injured pulaaakkk..

nasib baik ada medic kat sini..hihi


Atan's leaf.
sebelum terjun..haha.. muka berani lagi time ni..

Lepas tu kami ramai-ramai p main A-maze.. kat sini baru betul2 escape. Hangpa semua kena masuk kat satu pintu gua, lepas tu keluar kat pintu lagi satu..
sebab kami ramai sangat, so divide kepada dua kumpulan.
 Team  1 fahim, diba, ros, sana’ and siti.. walaupun sesat sikit, Alhamdulillah la kami selamat keluar.haha.. panas weyh dalam tuuuu…
team 2 pulak Billy, wani, shikin, miza and nani. Yang kumpulan ni tok sah cakap laa,,haha.. lama gila kat dalam.. sampai kami kat luar ni dah nak mulakan misi SAR dah..haha..
 yang lawak nye mula2 billy yang lead, tapi bila keluar wani pulak yang jadi ketua..haha.. hanya mereka yang tahu konflik di dalam,..,haha. .berpeluh-peluh semua keluar dari tempat tu…

ni awal2 lagi sebelum sesat..haha

ni bukan hantu..ni wajah ketua kami, fahim di dalam gua..haha

cakkk!! da selamat keluar

team 2 kat dalam..kami dok perati je depa guna cctv ni..

Lepas tu kami p main flying fox pulak. Flying fox ade dua.. yang paling panjang tu best. Tapi kena buat monkey business sikit la nak fly tu..
lepas yang panjang, kami redah yang yang pendek sikit..pendek sikit ni ada la dalam 25 saat di udara.. seronok weh terbanggg.. tapi hati2 la.,.mase nak p dekat flying fox ni ade sekumpulan angsa.. sape nasib kurang baik kene kejar la..hihi..

sebab orang depan kami lambat, so kami bergambar dulu la.hihi

my back view before flying.. visit my ig: @shazzross93 for full video..lalalala

Last sekali dekat escape ni, kami p main tubby racer.. Nampak cam bes, memang best pon,.. tapi…nak angkut pelampung tu ke atas satu hal pulak dah…dengan papan tu licin semacam..mohon jaga jarak anda semua…kalau tak nanti jadi tubby domino pulak..hihi..

Keluar dari escape, dalam pukul 4 petang, kami p pantai batu ferringhi…kami masuk ikut hard rock hotel.. buat muka tak bersalah je padahal bukan customer hotel pon.,..lol..
kat pantai ni kami naik banana boat.. tapi tak semua la.. fahim, billy, ros, siti, nani, and sana’ je naik..yang lain semua duduk berangan tepi pantai ja..hihi..

ready sebelum naik bot pishanggg,,hikhik

dalam hati time tu Tuhan je tahu..ombak kuat jugak walau air surut

mereka bersantai di pondok..


seronok jugak banana boat ni..sampai part dye speed tu, boleh terbang la korang semua.. tapi kami time tu cool je.. motto kami “kalau fahim jatuh dalam air, kami semua pun jatuh” Nampak tak betapa besarnye penangan fahim.. tapi Alhamdulillah la, kami tak jatuh n tak basah sangat..hihi..

Kami juga sempat bergambar kat depan hard rock hotel.  Lepas minum2, kami pun mengucapkan kata2 perpisahan dengan billy n fahim..sedih weyh.. xnak bye2 rase..sobsob…dan kami pun balik homestay and bersiap untuk dinner..

hard rock hotel, penang

minum duluuuu

selfie dengan customer meja belakang..hahaa

bye2 fahim and billy...sobsob..sila abaikan spray kat tgn fahim tu..lol

Dalam pukul 7.45pm, kami kumpul dengan senior ros, abang Mus namenye..haha.,.padahal name kat kampong MELA..lol..

hang ingat hang comel ka wat muka gitu??haha

ni senior ros mase kat SMKA TAHAP dulu..memang kamceng la pasal dye xde adik perempuan n ros pon xde abang..da macam adik-beradik dah kami ni..rahsia dia semua dalam tangan aku lah.haha
 kami jumpa kat masjid terapung.. sempat la mereka2  ni bergambar dulu.
malam2 warna hijau masjid ni.hihi

Lepas tu, kami p dinner kat gurney drive,.,kat sini kami berpeluang la rase pasemboqqq dgn char kwey teow made in penang..memang lain la dr yang selalu kami makan kat tempat kami..aura nye semacam..haha..


ni dia ni dia ni diaaaaa..pasemboqqqq

char kwey teow,,hihi..
muka penat lepas seharian bermain kat escape

muka lapar+penat

GURNEY PLAZA!! =) datang parking je pn kat sini..hihi

lepas tu, kami pon balik ler ke homestay kami. Malam tu kami pack2 barang sebab esok dah nak balik dah..sobsob..


DAY 4 – 26 JUN 2014 (KHAMIS)

Last day in Penang.. =(

Jam 9 pagi kami check out dari homestay, and bergerak ke destinasi terakhir di Penang iaitu Bukit Bendera. Bayaran untuk naik keretapi bukit kat sini RM15 dua hala. Tapi kami semua ada student card and mykad, so dapat la less, kami hanya kena bayar RM4 je..murah kan? Hihi.



nampak tak muka takut nani di belakang,,hihi
selfie di puncak bukit bendera..hihi


 Kat puncak bukit lagi best tao.. sejuk, and view sangat cantik.. Nampak hampir seluruh penang jugak la.. tapi time kami pergi tu jerebu teruk, so tak nampak sangat..sedih.. =(

nyonya arenish..hihi

nampak macam korea tak??hihi

wajah konfius wani pilih nak pergi mana satu..

mungkin wani jumpe love lock daripada  crush nye..hihi


kat sini, kami jugak makan char kwey teow lagi skali…hihi..siti n wani pulak makan laksa penang ori..hihi.. lagu satu yang menarik kat sini, cenderahati murah2 tao.. tshirt pun boleh dapat less banyak..hihi.. memang berbaloi la shopping,,hihi..

char kwey teow lagii..nampak menarik tak milkshakes tu..hihi
masing2 penuh tangan shopping.haaha

selfie untuk cover gayat masa turun bawah.hahaha

Turun dari bukit bendera, kami jugak sempat singgah beli jeruk madu pak ali.. tapaw bawak balik umah ler..hihi..
Sebelum tinggalkan penang, kami jumpa dengan fahim sekejap untuk bagi cenderahati untuk family fahim n billy..
mission accomplished kata diba..hihi

selfie yang terakhir,,sobsob #tearsdropping

 time ni lagi sekali air mata menitis..menangis budak2 ni dalam kereta.. bila tanya korang ok x? semua jawab “It’s ok, I’m fine #tearsdropping” lol..pasang pulak lagu memori tercipta (shila amzah) haaa..memang feeling abes la..

Kami sampai umah diba dalam pukul 7 lebih.. pukul 9 diba, shikin n miza hantar sana’ n wani ke Terminal.. sedih weh berpisah.. sobsob..

DAY 5 – 27 JUN 2014 (JUMAAT)

hujan di pagi hari...

Jam 7 pagi kami dah bergerak keluar dari rumah Diba menuju ke stesen keretapi.. kali ni kami balik KL naik ETS pulak.. cepat sikit sampai.. sedih la time ni.. bye2 Diba…

Dalam pukul 10.20, kami pun sampai di KL sentral.. mengucapkan selamat tinggal kepada siti yg nak balik kuantan n miza yang nak balik semenyih naik ktm.. lepas tu shikin ros n nani bergerak ke klia2 untuk fly to JB…

 jam 2.45petang kami tiba di lapangan terbang antarabangsa senai.. mula2 shikin balik dulu., lepas tu ros,..last skali nani… berakhir sudah kisah Penang kami… sumpah rindu nak jalan-jalan sana lagi dengan korang semua.. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye..




nota kecil : bajet untuk perbelanjaan kami kali ni dalam rm250 seorang,  termasuk transport, tempat tinggal (rm170 pernight), makan, and tiket masuk tempat2 yang kami pergi…
akhir kata, jemput la datang Penang lagi!!! =)
sekalung penghargaan untuk :

Family Adibah Razak,
Family Fahim,
Family Bazli (Billy),
Family Norra,
Abang Mus.

Dan semua yang mengikuti percutian kali ini. =) sayang korang semua!!! 

-END OF OUR PENANG'S STORY-

4 comments:

  1. byk la hang punya rahsia dalam tangan...hahaahahahah...wekkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. heyyy..aku tahu skandal2 kau dari zaman kanak2 tao..haha

    ReplyDelete
  3. sapa pulak skandal2 aku...hahahaha....jgn sampai aku heboh sal lagu umberella..........kekekeke

    ReplyDelete
  4. Wahhhh. Seronoknya. Akhirnya nampak gak gambar pasembor tu.

    ReplyDelete

kindly leave your comments and response here. =)