Pages

Bukit Tabur East 2014

12 Januari 2014.

6.30am.

"Bangun!2x. Subuh!2x. Hiking!2x. Bukit tabur bukit tabur!"

Bingit along kejut pepagi macam tu.
Tambah pulak tak cukup tidur malam sebelumnya.
Konon2 xnak naik semalam.
Pagi ni dia pulak yang semangat kejut orang.

Memulakan perjalanan pada jam 8 pagi, aku dengan along bertolak ke Taman Melawati.
Berkumpul dekat kedai mamak untuk gather dengan geng2 yang join sekali.
Kedai mamak ape aku pon dah lupe.hehe

So that moment, kiteorg breakfast dulu. Roti canai + milo suam.
(Makan lelebih nanti memulas kat tengah2 bukit payah pulak).
Mula2 jumpe dengan bro. Faizal dulu.
Then abg rain pun sampai. Followed by tuah n jambu.
Lepas tu guide kiteorg, abg burn pon sampai.
Last person, br. Hafiz.
Mane entah tak sampai sampai.

Tuah : eh cukup dah ke ni? Ni je ke yek?
Abg rain : ade lagi sorang. Hafaiz ke hafiz entah nama dye. Eh ko kenal tak?
Jambu : entah. Tu bukan ke kawan si *takingatnama* ke?
Abg rain : entah. Ye ke??
Tuah : message la dye.. tanye kat mane..

. . . . . . Abg rain pun message kat br. Hafiz tu......

Abg rain : ade kat mane? Join tak bukit tabur?
Hafiz : saya ada je kat sebelah ni......

*krik*krik*krik*

Laaaa..rupenye ade je kat meja sebelah. Lama dah sampai rupenye.
So lepas siap2 breakfast, dlm 9.15 kiteorg pun gerak ke starting point bukit tabur east.

Semua bajet terror stretching pon ala ala kadar je...

No wonder la x sampai 10 minit naik, dah nak pitam aku ni..
Setelah setahun  tak hiking kot~ last naik broga je..leuls~

So rehat jap.. time tu baru lagi nak kenal2 dengan diaorang semua.
Then lepas 5 minit rehat tu dah ok, terus follow jambu,.
Jalan depan sekali, dia sesat aku pon sesat. Lol.
Konfiden tu penting kata Jambu.

Then kiteorg pun terus la jalan n jalan n jalan lagi..
Tapi biase laaa.. amatur an... banyak pulak berhenti,
Plus senior2 pulak tak abes2 berhenti ambik gambar an..
Bukan setakat snap je, dah snap tu nak upload fb dulu.. leuls~

Teruskan perjalanan, lame jugak la,,.
Dalam pukul 11 pagi kiteorang pun sampai la puncak,,

View dia wa cakap sama lu memang cantik!!! Puas hati sangat2 lepas naik tu.
Hilang penat!!
Lepas lepak2, borak2, snap2 gamba, so kiteorg pun turun laa...
Turun ikut jalan lain tau.
Nanti akan jumpa rumah orang asli.
Awas jugak kat laluan turun tu.
Ada banyak kesan B@B1..kot2 kena kutu B@B1 kang.,.haaaaa...

Selain daripada tu, trail kat bukit tabur ni, boleh tahan laaaa menguji nye.
Cliff dye memang bikin cuak la.. ada la dalam 70ยบ++..
Masa nak naik tu kemain laju..
Nak turun tu.., haaaa...
Satu cerita pulak dah.. daripada abg burn. Ke abg rain, ke br. Faizal.. ke  tuah yg tolong pegang kaki untuk guide nak pijak kat mane. Last skali jambu jugak yang jaga sampai habis.

At first rasa macam tak nak hiking dah,,. Kononnnnnye laaa.
Tapi takkan nak berhenti macam tu je kan..
That was the beginning for my hiking journey.
Terima kasih kepada semua yang membimbing.
Jasa uolls sangat2 dikenang.  =)

Ade la jugak letak beberapa pic yang sempat snap hari tu.,hehe..

Ni mase breakfast kat kedai mamak
Ni masa awal2 lagi. Tu yang semangat nak naik atas tau
cabaran bertali yang pertama..nervous bak hang.. 
Ni mungkin peak.. tapi x cun untuk bergambar..so teruskan perjalanan, dePan sikit tu baru lAwa kalau nak camwhore
Ni abg rain.dye gayat asalnya. Tapi berani kan diri jugak, fear factor katanya. BawAh tu cliff tao
Ni kat puncak., my sis still gayat,,lol
Ni on the way turun, nampak tak semya orang stuck kat atas sbb aku (baju coklat) tak reti turun? 
Bawah nye tu jambu laaaa yang tolong guide kan
Ni view dekat puncak.. mmm.. apek tu interframe skali.. -_-
ni pon tempat hot nak bergambar.  Bawah batu tu, cliff setinggi 200m.
hati2 kat sini. Licin.
tengah spot nak beli tanah mane satu.,hehe
kemain banner #technodiver... lol..padahal abang rain sorang je diver nye,,leuls yang baju biru tu guide kiteorang, abg burn name dye. Dye ni tiap2 minggu naik bukit tabur tau.
still on the way turun
ni view bukit tabur west dari bukit tabur east.

sekian sahaja entry kali ni., maaf gambar berterabur, gune tab je update ni., hihi.

=) 

#keepcalmandhikeup

Tutup ke Biarkan....

Assalamualaikum.,

Entry kali ni pendek je kot..hehe..

Alkisah suatu pagi tu...
Time tu sedang bersiap siap la nak pergi kelas pukul 9 pagi...
Macam biase la kan budak pharmacy mestila kelas awal an..

So seperti biase sedang susun2 barang2 yg nak guna hari tu,.
Aku pun amik la bekas2 contact lens.. ye la,,nak basuh kan..

So cerita dye time kat toilet tu...
Aku basuh la bekas contact lens tu kat sinki..
N time tu tangan aku memang penuh la dgn bekas contact lens tu.. time tu aku basuh dua bekas rasanya.

Bila dah siap basuh tu aku pun nak tolak la paip tu nak tutup air kan...
Paip tu pulak dah loose... so kalau terlebih tolak, air dye pun menitik lagi la...
Tapj x banyak.. so sbb tangan aku penuh time tu aku pun blah je la.. biarkan je paip tu airnya menitik nitik...

On the way nk keluar toilet tu tetibe rasa bersalah gila laaa..
Dalam hati time tu duk berbisik " nak tutup ke tak ye? Ala tak payah la.. tak sempat dah... tapi,... nanti kalau kat akhirat kena tuntut macamana?? Takpe kot.. orang lain steady je., tapi kena tutup jugak ni.., Alaaa.., tak payah laaa"
Masa tengah jalan tu memang kusut gila pikir.. rase nak mengamuk pun ada.. x tahu patut patah balik ke tak..
Keluar je dari pintu besar toilet tu terus aku istighfar panjang..

"Astaghfirullahalazim ya Allah,,"
Lepas tu tetibe je satu drpd bekas contact lens kat tangan aku tu terjatuh..
Nak tak nak memang kena patah balik masuk toilet n cuci semula bekas tu..

Alhamdulillah kali kedua masuk toilet aku pergi sinki yang sama, basuh balik bekas contact lens tu..
Kali ni memang aku tutup rapat paip yang airnye menitik2 tadi..

Masa tu rase lega gila... Allah masih lagi bagi peluang kat aku..

Cuba bayangkan., kalau kat akhirat nanti kita dah betul2 nak masuk syurga, tetibe ada paip ckp "Ya Allah, masa dia hidup dulu dia biarkan je air menitik keluar dariku, membazir nikmat dariMu Ya Allah,"

Mungkin benda ni nampak macam simple.. tapi beringat la...
Lakukan sesuatu tu bukan untuk kebaikan kita je, tapi untuk kebaikan bersama..

P/s : yang selalu kelua toilet x flush tu mohon rasa bersalah sikit ye...

Aku Anak Pemandu.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tak update blog ni.
Bersawang, habuk, debu bagai...
Hari ni terasa nak update sesuatu la pulak..hehe..

Hari ni nak share la pengalaman aku dengan korang. Ala2 kisah darjat2 jugak la ni..
Sebelum tu aku nak share sikit la tentang diri aku yang berkaitan dengan story kali ni...
Aku anak kedua daripada empat orang adik beradik. Dan aku anak perempuan bongsu.. hehe
Parents aku dua2 kerja dengan Felda. Mama aku sebagai pembantu tadbir, dan abah sebagai pemandu je...

Nak dijadikan cerita, selepas mendapat keputusan SPM pd tahun 2011, sama juga macam orang lain, aku pun bertungkus lumus isi upu, biasiswa, dan termasukla borang IPG pn aku isi. Alhamdulillah rezeki agaknya, aku terpilih untuk ke temuduga IPG di Kuala Lipis. Masa tu aku interview untuk subjek Chemistry.
Pada hari interview tu, abah yang hantar aku ke sana. Perjalanan dari rumah ke kuala lipis mengambil masa kira2 1 jam setengah jugak la..

Mase interview tu ade 3 ujian kalau tak silap, mula2 ujian bertulis, lepas tu temuduga berkumpulan, diikuti dengan temuduga secara individu.
Semuanya berjalan lancar sehingga lah aku masuk untuk temuduga individu.

Encik 1 : awak ros shakinah binti hashim?
Aku : ya saya.
Encik 1 : okay, sekarang perkenalkan diri awak dalam bahasa melayu.

Aku pun perkenalkan diri aku. Cerita pasal adik beradik. Latar belakang keluarga. Termasukla pekerjaan kedua ibu bapaku.
Lalu sesi temuduga individu pun bermula. Pelbagai soalan diajukan dan aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab dengan penuh yakin. Sehinggalah soalan terakhir yang diajukan oleh penemuduga yang ketiga.

Encik 3 : tadi awak cerita bapa awak bekerja sebagai pemandu kan?
Aku : ya, ayah saya bekerja sebagai pemandu.
Encik 3 : kawan2 awak yang lain, semuanya anak doktor, engineer, pilot.. awak anak pemandu je.
                  Latar belakang awak tak sama dengan mereka. Awak rasa awak ni layak ke  nak jadi sama2 dengan mereka? Awak tak malu ke ayah awak kerja jadi pemandu je? Orang lain semua anak orang senang.

Fuhhhh... sentap aku dengan soalan tu., tak pernah aku g interview org ckp pasal kerja ayah aku.
Nak marah pon ada. Sedih pon ada. Aku pon fikir la kejap dalam 30 saat aku pn jawab dengan tenang sambil tenung muka orang yang interview aku sepranb demi seorang.

" Encik, saya memang anak pemandu. Ayah saya memang kerja sebagai pemandu. Saya tahu saya tak sama macam orang lain. Permulaan hidup saya memang susah. Tapi walaupun ayah saya pemandu, tak pernah sekali pun dia abaikan saya. Tak pernah pun ayah saya miss nak datang sekolah untuk tanda buku rekod saya malah bangga lagi nak sign buku rekod saya. Saya tahu orang lain anak orang hebat2. Anak doktor, mungkin anak pensyarah macam encik2 ni. Ayah saya pemandu je, tapi setiap dua minggu, ayah saya datang melawat saya di asrama yang jaraknya lebih 200km dari rumah saya. Kawan2 saya yang anak doktor, anak engineer tak de pon macam tu. Kenapa saya nak malu? Hari ni ayah saya yang hantar saya ke sini. Ya, ayah saya yang seorang pemandu je boleh hantar saya ke sini. Encik2 yang dah berjaya boleh hantar anak2 encik macam ayah saya buat? Sempat ke? Kenapa saya nak malu kalau Ayah saya lagi hebat dari encik.."

Seorang dari penemu duga itu tunduk. Yang lain2 da berubah muka dan mengangguk mengiakan apa yang aku cakap dan dia orang pu  berbincang la sekejap.

Encik 2 : shakinah, saya rasa tempat awak mungkin bukan di sini, kat luar sana banyak lagi tempat yang lebih baik untuk awak. Yang penting semangat tu jangan hilang.  Nanti dah berjaya, jangan lupakan jasa ayah awak. Nanti dah berjaya saya nak awak balas balik semua usaha ayah awak. Buktikan ayah awak ayah yang berjaya. Saya doakan awak berjaya kat luar nanti.

Oh masa tu aku pon speechless dan lepas cakap terima kasih aku pon keluar. Blur seketika. Tengok abah dah tunggu kat luar.

Abah : ha macamana? Ok tak?
Aku : ok je.. tak de ape pon lah., hehe

Ya saya anak pemandu je. Bukan anak orang kaya macam orang lain. Tapi abah sentiasa berikan yang terbaik untuk kami adik beradik, sentiasa buat kami macam anak2 orang lain. Setiap kali datang melawat kat asrama, sebelum balik abah dengan mama mesti pesan "belajar elok2. Dapatkan straight A's ye".. orang yang paling happy bila tengok anak dye naik pentas dapat hadiah. Even da masuk uia pon abah still lagi datang melawat. Along yang duduk dekat gua musang pon abah nak datang tengok lagi. Padahal kitaorang yang patutnya balik. Tapi abah kata takpe. Abah cakap, "Biar la abah datang tengok anak dara abah, sejuk sikit hati nanti nak serah kat orang lain jaga bila abah dah tak ada nanti."

Sekarang Alhamdulillah dah senang. Abah kata seronok tengok anak2 dapat belajar tinggi-tinggi.
Terima kasih abah sebab jadi ayah yang baik. =)
I love you so much.

P/s entry kali ni tak banyak cerita pasal mama sebab ni entry ekslusif untuk abah,, hehe.. ok bye. Assalamualaikum =)

Napuka

Hai assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit la pasal si napuka ni,
Maklumlah,,lately ni si napuka ni jadi famous..

Asalnya napuka ni dtgnye dari sebuah kampung di Isola.
NAPUKA TERKENAL SEBAB PERANGAI DIA JE...
Napuka ni perasan cantik seolah olah dialah paling cantik dalam kampung tu.
Dia juga merasakan dia layak untuk mendapat anugerah sebagai bukti kecantikan dia tu dan untuk buat semua perempuan kat kampung tu jeles la dengan dia.
Napuka ni juga bijak orang nya.
Pada usia yang muda, beliau telah menguasai pelbagai skill.

Namun pada suatu hari napuka berjalan2 di tepi pantai dan terjumpa sebotol air  minuman.
Dengan rasa ragu-ragu, napuka minum air tersebut.
Akibatnya beberapA kebolehan yang pernah dia kuasai telah hilang seperti kemahiran bertukang dan menanam.
Akan tetapi, napuka masih tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha meningkatkan kemahirannya dalam bidang sains. Pada usia 20 tahun, beliau telah menjadi trainee scientist di kampungnya.

Walaubagaimanapun, usia napuka tidak panjang. Akibat kekurangan tenaga pekerja dan kemahiran bercucuk tanam, kampung nya mengalami masalah kekurangan makanan. Seluruh penduduk kampung kebuluran termasuk napuka. Akhirnya napuka pun pergi buat selama-lamanya.
Tinggallah kampungnya sebagai sejarah.

Berikut beberapa gmbar napuka semasa hayatnya dan juga semasa mati,,,
Buat tatapan anda yang baru nk knl dgn napuka ni,,hihhihihihihi..

Pd hri ni bilik kami di tab 3.7 tab 4, gune istilah napuka ni atas bnde2 ngarut je.
Napuka boleh bawa maksud macam2,.lapar, kelakar, mengarut, sengal..napuka blh jd sesiapa je n sape2 pn blh jd napuka.,. semuanya napuka lah,. Hihi,, akhir kata, napuka lah napuka ni,, hihi., bye2 napuka2 semua =)

Kehilanganmu Masih Terasa. Kami sangat merinduimu.


Assalamualaikum semua., =)
hari ni saya berpeluang berjumpa dengan Along saya.,
dan dia sempat la cerita dengan saya detik2 terakhir arwah Pak Ngah saya, Zulkifli bin A.Majid sebelum pulang ke rahmatullah 25/1/2013 yang lalu.

Kehilangan arwah pak ngah sangat terasa bagi seluruh ahli keluarga kami memandangkan arwah seorang yang banyak berkorban untuk adik-adiknya.
Pak Ngah saya adalah anak kedua dari 8 orang adik beradik,.usianya sekitar 40-an.

Arwah ditemui terbaring di dapur rumah atuk saya dengan menghadap kiblat dan tangannya pun sudah diletakkan di bawah dada. seolah-olah sudah bersedia untuk pergi. Atuk saya menemui arwah ketika bangun untuk solat subuh sekitar 6.00-6.30 pagi hari jumaat, 25/1/2013. dan atuk saya juga yang sahkan arwah dah tiada semasa menemuinya terbaring.

Arwah Pak Ngah saya cuma ada masalah jantung dan paru-paru, tetapi keadaannya tak adalah serius mana. dan kehilangannya sangat mengejut bagi kami.

2 minggu sebelum pulang ke rahmatullah, pak ngah saya ada text pok de saye yang tinggal di kuantan. Arwah kata teringin nak pergi stadium tengok bola, tapi tak larat. arwah juga ada tanya kepada pok de saya bila lagi nak pulang ke kampung.

hari rabu, 23/1/2013
-arwah pergi jerantut. tukar tayar kereta n baiki satu-satunya kereta yang dimilikinya iaitu Proton Saga yang lama dulu.
-manakala di rumah mak andak saya terasa rajin  nak kemas rumah hari tu. rasa macam bersiap untuk sesuatu.

hari khamis 24/1/2013
-petang itu, arwah keluar naik motor. jalan-jalan keliling kampung. mak andak saya ingatkan pak ngah saya keluar untuk ke kedai, tapi bila pulang tak ada beli apa-apapun. arwah pak ngah cuma ronda-ronda kawasan kampung je.
-hari yang sama. cuti Maulid Nabi Muhammad S.A.W. ayah saya rasa ingin pulang ke kampung. tapi tangguhkan dulu sebab nanti hari lain ingin pulang jugak.

hari jumaat 25/1/2013.
-sekitar jam 3-5 pagi saya tersedar dari tidur. rasa sayu je tengok tingkap bilik.selesai solat subuh, saya baca ma'thurat di hfon saya. selesai baca doa rabitah, saya dapat message dari ayah saya mengatakan arwah dah tiada...

terkejut sangat. sebab arwah paling rapat dengan saya. kalau pulang ke kampung ada saja cerita-cerita kelakar yang dikongsi. =')

arwah juga banyak berkorban untuk adik-adiknya.
dari muda lagi arwah kerja sebagai pemadu lori simen. untuk tolong adik2 belajar.
arwah juga tak sempat nikmati kehidupan berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.
sebab tu lah arwah rapat sangat dengan anak2 saudara nya.
pak ngah saya bukanlah orang yang berharta.
tapi sentiasa gembirakan orang lain.
baju raya beliau pun tak pernah bertukar,. pakai baju yang sama je tiap tahun..
saya masih teringat suatu hari tu, saya nampak wallpaper perempuan dekat henfon arwah.
ingatkan makwe nye, rupa-rupanya gambar syarifah aini. pandai pak ngah gurau kan.. =)
teringat juga masa rumah atuk naik air.
arwah yang sedang tidur tak sedar tilam nye dah pun basah kena air banjir.lena je beliau tidur macam naik titanic. =')
dan semasa arwah masih ada, kami pun tak sempat bergambar bersama =(

kepergian arwah diiringi dengan cuaca yang redup.
ayah kata semasa memandikan jenazah arwah, wajahnya tenang sekali.
pengorbanan arwah sebagai abang untuk adik-adiknya sangat dihargai..


arwah pak ngah saya berdiri yang paling hujung berbaju melayu warna biru tua. beliau berdiri di belakang pak teh saya yang berbaju melayu merah.

saya bersyukur sebab sempat berjumpa dan berjalan-jalan dengan arwah masa cuti sem yang lalu.
Saya ingin mengajak pembaca semua yang sudi membaca kisah ini sedekahkan al fatihah untuk arwah pak ngah saya. dan sama-samalah kita doakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


sekian.

Oh My EyE... @.@


Assalamualaikum.,
=)

hari ni ada update lagi... =)

nak share cerita je..

masa 17/11/2012 yang lalu,,
ye, 1 hari sebelum birthday aku..

aku nak keluar pergi kuala krau..
macam biasa lah, dah bersiap semua tu,
tunggu mama balik dari kedai..

ye la, nak keluar mestilah salam parents dulu kan..hehehe
masa menunggu mama aku balik tu,
aku baru teringat yang aku belum titis lens lubricant aku...

so, cepat2 lah aku masuk bilik and capai satu ubat titis dari handbag kakak aku..
masa nak titis tu, aku baru nak check, "eh betul ke ni ubat titik mata tu?"
tapi dah terlambat, aku dah pun tertitis ubat tu ke dalam mata kanan aku..
rupa-rupanya tu ubat kakak aku..
aku pun tak tahu ubat untuk ape..hhaha

and sakitnye....
tak tertahannnnnnnnnnnnn.........
rasa macam perfume masuk dalam mata kot..
*padahal tak pernah pun rase perfume masuk mata*

and aku pun cepat2 pergi cuci mata aku..
aku tanggal contact lens aku, and decide nak pakai speck je ari tuh..

aku tengok kat cermin, merah giler mata aku masa tuh..
tawakal je la tak jadi ape2..
pedih jugak rasa mata time tu..

lepas mama balik dari kedai, aku pun cepat2 gerak keluar pergi jerantut.
laju kot drive time tu.. sebab nak cepat..

dekat jerantut tu, since nak tunggu kawan2 lain sampai, aku pun pergi la hospital dulu..
n dekat hospital tu pulak, aku je kot yang tak macam orang sakit.
boleh je gelak2..
tapi dalam hati cuak giler.. buatnye kena tahan wad ke ape ke...

then masa kat hospital tu, jumpa MA..
then MA tu suruh pergi cuci mata..
tak sure guna apa...macam distilled water je aku tengok..kehkehkeh..

memang pengalaman cuci mata tu tak dapat aku lupa..
nasib baik nurse tu baik..
rasa sakit cuci mate tu, tak adalah pedih sangat,.
macam rasa masukkan air dalam mata je..

after that, doktor suruh ambil ubat...
n aku pun boleh la keluar dengan lega hari tu.. =)

alhamdulillah.
Allah masih lagi bagi peluang untuk aku rasa nikmat mata ni..
untuk kawan2 semua,
hati2 masa titiskan ubat kat mata kita k.

kita bukannya bernasib baik sepanjang masa kan..

ape2 pun, thanks for reading post yang panjang ni k..

assalamualaikum.. =)

p/s : tak ada sape pun dalam family aku yang tahu pasal ni..kawan2 terdekat n korang yang bace post ni je lah yang tahu tau..ni rahsia kita k..hehe =)

LiFe PoSt : ChOiCe..


Assalamualaikum..

Long time no see ha.. =)
Lack of ideas..
Not sure what to update..
ngade cakap omputeh lak ye....haha


baiklah kawan-kawan...
something that i would like to share.,,
yesterday, " 14th November 2012 "
i watched Istanbul Aku Datang with my sister..
but  that is not the point yet...

hehe

it is not about the movie k!!!!
just, some lessons i got from it.

>CHOICE<
 i believe everybody must experienced a moment that you have to make a choice.
daripada sebesar-besar pilihan (cth : nak pilih nak masuk u mane, kos ape)
sehinggalah sekecil-kecil pilihan (cth : nak pakai baju warna apa hari niii)

dalam setiap perkara tu, mesti ada pilihan...
bezanya, ada banyak pilihan, dua pilihan, atau, satu pilihan..
so takde la istilah 'tak ada pilihan kan'

hehe

dan tak dinafikan, kita pon kadang-kadang ragu dengan pilihan kita.
saya pon!!!



but, trust me..
setiap pilihan yang kita pilih,
diikuti dengan doa kepada Allah,.
dan bila hati kita rasa tenang lepas tu,
 maybe that means it is the right choice kan?

dalam Istanbul Aku Datang tu, kan filem cinta kan..
since diri sendiri ni pun sedang serabut dengan isu cinta ni..
'putus cinta la katekan'
mesti la rase nak hidup yang lebih baik lepas ni kan..
(post pasal diri sendiri.. =.=")

ade la satu tips kot.
kalau kita tak pasti nak pilih apa.
n semua orang pun macam tak bagi advice yang memberansangkan kan..



caranya, kita tetap kan 1 dateline untuk kita dapatkan keputusan tu.
contoh situasi:
kawan ajak pergi KLCC hujung minggu ni,
tapi kita tak tahu nak ikut ke tak.
so, kita tetapkan "ok, pagi esok, pukul 8 pagi, aku akan tetapkan keputusan aku!"
sepanjang hari tu kita fikirlah sepuasnya nak pergi ke tak.then esoknya bangun lah..
n tepat pukul 8 pagi keesokannya. kita dah dapat jawapan.
text kawan "ok, aku nak pergi KLCC".
then pastu, kita tetap lah dengan keputusan kita tu,.
n tak perlu la nak serabutkan kepala kita dengan hal yang sama dah.
setel masalah kan..

tapi ingat, tak semua masalah cara selesaikannya sama kan...



jadinya, back to Allah..
n i'm sure He will show us the right way.. =)

Have a nice day. thanks for reading
Assalamualaikum.