Pages

Aku Anak Pemandu.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tak update blog ni.
Bersawang, habuk, debu bagai...
Hari ni terasa nak update sesuatu la pulak..hehe..

Hari ni nak share la pengalaman aku dengan korang. Ala2 kisah darjat2 jugak la ni..
Sebelum tu aku nak share sikit la tentang diri aku yang berkaitan dengan story kali ni...
Aku anak kedua daripada empat orang adik beradik. Dan aku anak perempuan bongsu.. hehe
Parents aku dua2 kerja dengan Felda. Mama aku sebagai pembantu tadbir, dan abah sebagai pemandu je...

Nak dijadikan cerita, selepas mendapat keputusan SPM pd tahun 2011, sama juga macam orang lain, aku pun bertungkus lumus isi upu, biasiswa, dan termasukla borang IPG pn aku isi. Alhamdulillah rezeki agaknya, aku terpilih untuk ke temuduga IPG di Kuala Lipis. Masa tu aku interview untuk subjek Chemistry.
Pada hari interview tu, abah yang hantar aku ke sana. Perjalanan dari rumah ke kuala lipis mengambil masa kira2 1 jam setengah jugak la..

Mase interview tu ade 3 ujian kalau tak silap, mula2 ujian bertulis, lepas tu temuduga berkumpulan, diikuti dengan temuduga secara individu.
Semuanya berjalan lancar sehingga lah aku masuk untuk temuduga individu.

Encik 1 : awak ros shakinah binti hashim?
Aku : ya saya.
Encik 1 : okay, sekarang perkenalkan diri awak dalam bahasa melayu.

Aku pun perkenalkan diri aku. Cerita pasal adik beradik. Latar belakang keluarga. Termasukla pekerjaan kedua ibu bapaku.
Lalu sesi temuduga individu pun bermula. Pelbagai soalan diajukan dan aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab dengan penuh yakin. Sehinggalah soalan terakhir yang diajukan oleh penemuduga yang ketiga.

Encik 3 : tadi awak cerita bapa awak bekerja sebagai pemandu kan?
Aku : ya, ayah saya bekerja sebagai pemandu.
Encik 3 : kawan2 awak yang lain, semuanya anak doktor, engineer, pilot.. awak anak pemandu je.
                  Latar belakang awak tak sama dengan mereka. Awak rasa awak ni layak ke  nak jadi sama2 dengan mereka? Awak tak malu ke ayah awak kerja jadi pemandu je? Orang lain semua anak orang senang.

Fuhhhh... sentap aku dengan soalan tu., tak pernah aku g interview org ckp pasal kerja ayah aku.
Nak marah pon ada. Sedih pon ada. Aku pon fikir la kejap dalam 30 saat aku pn jawab dengan tenang sambil tenung muka orang yang interview aku sepranb demi seorang.

" Encik, saya memang anak pemandu. Ayah saya memang kerja sebagai pemandu. Saya tahu saya tak sama macam orang lain. Permulaan hidup saya memang susah. Tapi walaupun ayah saya pemandu, tak pernah sekali pun dia abaikan saya. Tak pernah pun ayah saya miss nak datang sekolah untuk tanda buku rekod saya malah bangga lagi nak sign buku rekod saya. Saya tahu orang lain anak orang hebat2. Anak doktor, mungkin anak pensyarah macam encik2 ni. Ayah saya pemandu je, tapi setiap dua minggu, ayah saya datang melawat saya di asrama yang jaraknya lebih 200km dari rumah saya. Kawan2 saya yang anak doktor, anak engineer tak de pon macam tu. Kenapa saya nak malu? Hari ni ayah saya yang hantar saya ke sini. Ya, ayah saya yang seorang pemandu je boleh hantar saya ke sini. Encik2 yang dah berjaya boleh hantar anak2 encik macam ayah saya buat? Sempat ke? Kenapa saya nak malu kalau Ayah saya lagi hebat dari encik.."

Seorang dari penemu duga itu tunduk. Yang lain2 da berubah muka dan mengangguk mengiakan apa yang aku cakap dan dia orang pu  berbincang la sekejap.

Encik 2 : shakinah, saya rasa tempat awak mungkin bukan di sini, kat luar sana banyak lagi tempat yang lebih baik untuk awak. Yang penting semangat tu jangan hilang.  Nanti dah berjaya, jangan lupakan jasa ayah awak. Nanti dah berjaya saya nak awak balas balik semua usaha ayah awak. Buktikan ayah awak ayah yang berjaya. Saya doakan awak berjaya kat luar nanti.

Oh masa tu aku pon speechless dan lepas cakap terima kasih aku pon keluar. Blur seketika. Tengok abah dah tunggu kat luar.

Abah : ha macamana? Ok tak?
Aku : ok je.. tak de ape pon lah., hehe

Ya saya anak pemandu je. Bukan anak orang kaya macam orang lain. Tapi abah sentiasa berikan yang terbaik untuk kami adik beradik, sentiasa buat kami macam anak2 orang lain. Setiap kali datang melawat kat asrama, sebelum balik abah dengan mama mesti pesan "belajar elok2. Dapatkan straight A's ye".. orang yang paling happy bila tengok anak dye naik pentas dapat hadiah. Even da masuk uia pon abah still lagi datang melawat. Along yang duduk dekat gua musang pon abah nak datang tengok lagi. Padahal kitaorang yang patutnya balik. Tapi abah kata takpe. Abah cakap, "Biar la abah datang tengok anak dara abah, sejuk sikit hati nanti nak serah kat orang lain jaga bila abah dah tak ada nanti."

Sekarang Alhamdulillah dah senang. Abah kata seronok tengok anak2 dapat belajar tinggi-tinggi.
Terima kasih abah sebab jadi ayah yang baik. =)
I love you so much.

P/s entry kali ni tak banyak cerita pasal mama sebab ni entry ekslusif untuk abah,, hehe.. ok bye. Assalamualaikum =)

Napuka

Hai assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit la pasal si napuka ni,
Maklumlah,,lately ni si napuka ni jadi famous..

Asalnya napuka ni dtgnye dari sebuah kampung di Isola.
NAPUKA TERKENAL SEBAB PERANGAI DIA JE...
Napuka ni perasan cantik seolah olah dialah paling cantik dalam kampung tu.
Dia juga merasakan dia layak untuk mendapat anugerah sebagai bukti kecantikan dia tu dan untuk buat semua perempuan kat kampung tu jeles la dengan dia.
Napuka ni juga bijak orang nya.
Pada usia yang muda, beliau telah menguasai pelbagai skill.

Namun pada suatu hari napuka berjalan2 di tepi pantai dan terjumpa sebotol air  minuman.
Dengan rasa ragu-ragu, napuka minum air tersebut.
Akibatnya beberapA kebolehan yang pernah dia kuasai telah hilang seperti kemahiran bertukang dan menanam.
Akan tetapi, napuka masih tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha meningkatkan kemahirannya dalam bidang sains. Pada usia 20 tahun, beliau telah menjadi trainee scientist di kampungnya.

Walaubagaimanapun, usia napuka tidak panjang. Akibat kekurangan tenaga pekerja dan kemahiran bercucuk tanam, kampung nya mengalami masalah kekurangan makanan. Seluruh penduduk kampung kebuluran termasuk napuka. Akhirnya napuka pun pergi buat selama-lamanya.
Tinggallah kampungnya sebagai sejarah.

Berikut beberapa gmbar napuka semasa hayatnya dan juga semasa mati,,,
Buat tatapan anda yang baru nk knl dgn napuka ni,,hihhihihihihi..

Pd hri ni bilik kami di tab 3.7 tab 4, gune istilah napuka ni atas bnde2 ngarut je.
Napuka boleh bawa maksud macam2,.lapar, kelakar, mengarut, sengal..napuka blh jd sesiapa je n sape2 pn blh jd napuka.,. semuanya napuka lah,. Hihi,, akhir kata, napuka lah napuka ni,, hihi., bye2 napuka2 semua =)

Kehilanganmu Masih Terasa. Kami sangat merinduimu.


Assalamualaikum semua., =)
hari ni saya berpeluang berjumpa dengan Along saya.,
dan dia sempat la cerita dengan saya detik2 terakhir arwah Pak Ngah saya, Zulkifli bin A.Majid sebelum pulang ke rahmatullah 25/1/2013 yang lalu.

Kehilangan arwah pak ngah sangat terasa bagi seluruh ahli keluarga kami memandangkan arwah seorang yang banyak berkorban untuk adik-adiknya.
Pak Ngah saya adalah anak kedua dari 8 orang adik beradik,.usianya sekitar 40-an.

Arwah ditemui terbaring di dapur rumah atuk saya dengan menghadap kiblat dan tangannya pun sudah diletakkan di bawah dada. seolah-olah sudah bersedia untuk pergi. Atuk saya menemui arwah ketika bangun untuk solat subuh sekitar 6.00-6.30 pagi hari jumaat, 25/1/2013. dan atuk saya juga yang sahkan arwah dah tiada semasa menemuinya terbaring.

Arwah Pak Ngah saya cuma ada masalah jantung dan paru-paru, tetapi keadaannya tak adalah serius mana. dan kehilangannya sangat mengejut bagi kami.

2 minggu sebelum pulang ke rahmatullah, pak ngah saya ada text pok de saye yang tinggal di kuantan. Arwah kata teringin nak pergi stadium tengok bola, tapi tak larat. arwah juga ada tanya kepada pok de saya bila lagi nak pulang ke kampung.

hari rabu, 23/1/2013
-arwah pergi jerantut. tukar tayar kereta n baiki satu-satunya kereta yang dimilikinya iaitu Proton Saga yang lama dulu.
-manakala di rumah mak andak saya terasa rajin  nak kemas rumah hari tu. rasa macam bersiap untuk sesuatu.

hari khamis 24/1/2013
-petang itu, arwah keluar naik motor. jalan-jalan keliling kampung. mak andak saya ingatkan pak ngah saya keluar untuk ke kedai, tapi bila pulang tak ada beli apa-apapun. arwah pak ngah cuma ronda-ronda kawasan kampung je.
-hari yang sama. cuti Maulid Nabi Muhammad S.A.W. ayah saya rasa ingin pulang ke kampung. tapi tangguhkan dulu sebab nanti hari lain ingin pulang jugak.

hari jumaat 25/1/2013.
-sekitar jam 3-5 pagi saya tersedar dari tidur. rasa sayu je tengok tingkap bilik.selesai solat subuh, saya baca ma'thurat di hfon saya. selesai baca doa rabitah, saya dapat message dari ayah saya mengatakan arwah dah tiada...

terkejut sangat. sebab arwah paling rapat dengan saya. kalau pulang ke kampung ada saja cerita-cerita kelakar yang dikongsi. =')

arwah juga banyak berkorban untuk adik-adiknya.
dari muda lagi arwah kerja sebagai pemadu lori simen. untuk tolong adik2 belajar.
arwah juga tak sempat nikmati kehidupan berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri.
sebab tu lah arwah rapat sangat dengan anak2 saudara nya.
pak ngah saya bukanlah orang yang berharta.
tapi sentiasa gembirakan orang lain.
baju raya beliau pun tak pernah bertukar,. pakai baju yang sama je tiap tahun..
saya masih teringat suatu hari tu, saya nampak wallpaper perempuan dekat henfon arwah.
ingatkan makwe nye, rupa-rupanya gambar syarifah aini. pandai pak ngah gurau kan.. =)
teringat juga masa rumah atuk naik air.
arwah yang sedang tidur tak sedar tilam nye dah pun basah kena air banjir.lena je beliau tidur macam naik titanic. =')
dan semasa arwah masih ada, kami pun tak sempat bergambar bersama =(

kepergian arwah diiringi dengan cuaca yang redup.
ayah kata semasa memandikan jenazah arwah, wajahnya tenang sekali.
pengorbanan arwah sebagai abang untuk adik-adiknya sangat dihargai..


arwah pak ngah saya berdiri yang paling hujung berbaju melayu warna biru tua. beliau berdiri di belakang pak teh saya yang berbaju melayu merah.

saya bersyukur sebab sempat berjumpa dan berjalan-jalan dengan arwah masa cuti sem yang lalu.
Saya ingin mengajak pembaca semua yang sudi membaca kisah ini sedekahkan al fatihah untuk arwah pak ngah saya. dan sama-samalah kita doakan beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


sekian.

Oh My EyE... @.@


Assalamualaikum.,
=)

hari ni ada update lagi... =)

nak share cerita je..

masa 17/11/2012 yang lalu,,
ye, 1 hari sebelum birthday aku..

aku nak keluar pergi kuala krau..
macam biasa lah, dah bersiap semua tu,
tunggu mama balik dari kedai..

ye la, nak keluar mestilah salam parents dulu kan..hehehe
masa menunggu mama aku balik tu,
aku baru teringat yang aku belum titis lens lubricant aku...

so, cepat2 lah aku masuk bilik and capai satu ubat titis dari handbag kakak aku..
masa nak titis tu, aku baru nak check, "eh betul ke ni ubat titik mata tu?"
tapi dah terlambat, aku dah pun tertitis ubat tu ke dalam mata kanan aku..
rupa-rupanya tu ubat kakak aku..
aku pun tak tahu ubat untuk ape..hhaha

and sakitnye....
tak tertahannnnnnnnnnnnn.........
rasa macam perfume masuk dalam mata kot..
*padahal tak pernah pun rase perfume masuk mata*

and aku pun cepat2 pergi cuci mata aku..
aku tanggal contact lens aku, and decide nak pakai speck je ari tuh..

aku tengok kat cermin, merah giler mata aku masa tuh..
tawakal je la tak jadi ape2..
pedih jugak rasa mata time tu..

lepas mama balik dari kedai, aku pun cepat2 gerak keluar pergi jerantut.
laju kot drive time tu.. sebab nak cepat..

dekat jerantut tu, since nak tunggu kawan2 lain sampai, aku pun pergi la hospital dulu..
n dekat hospital tu pulak, aku je kot yang tak macam orang sakit.
boleh je gelak2..
tapi dalam hati cuak giler.. buatnye kena tahan wad ke ape ke...

then masa kat hospital tu, jumpa MA..
then MA tu suruh pergi cuci mata..
tak sure guna apa...macam distilled water je aku tengok..kehkehkeh..

memang pengalaman cuci mata tu tak dapat aku lupa..
nasib baik nurse tu baik..
rasa sakit cuci mate tu, tak adalah pedih sangat,.
macam rasa masukkan air dalam mata je..

after that, doktor suruh ambil ubat...
n aku pun boleh la keluar dengan lega hari tu.. =)

alhamdulillah.
Allah masih lagi bagi peluang untuk aku rasa nikmat mata ni..
untuk kawan2 semua,
hati2 masa titiskan ubat kat mata kita k.

kita bukannya bernasib baik sepanjang masa kan..

ape2 pun, thanks for reading post yang panjang ni k..

assalamualaikum.. =)

p/s : tak ada sape pun dalam family aku yang tahu pasal ni..kawan2 terdekat n korang yang bace post ni je lah yang tahu tau..ni rahsia kita k..hehe =)

LiFe PoSt : ChOiCe..


Assalamualaikum..

Long time no see ha.. =)
Lack of ideas..
Not sure what to update..
ngade cakap omputeh lak ye....haha


baiklah kawan-kawan...
something that i would like to share.,,
yesterday, " 14th November 2012 "
i watched Istanbul Aku Datang with my sister..
but  that is not the point yet...

hehe

it is not about the movie k!!!!
just, some lessons i got from it.

>CHOICE<
 i believe everybody must experienced a moment that you have to make a choice.
daripada sebesar-besar pilihan (cth : nak pilih nak masuk u mane, kos ape)
sehinggalah sekecil-kecil pilihan (cth : nak pakai baju warna apa hari niii)

dalam setiap perkara tu, mesti ada pilihan...
bezanya, ada banyak pilihan, dua pilihan, atau, satu pilihan..
so takde la istilah 'tak ada pilihan kan'

hehe

dan tak dinafikan, kita pon kadang-kadang ragu dengan pilihan kita.
saya pon!!!



but, trust me..
setiap pilihan yang kita pilih,
diikuti dengan doa kepada Allah,.
dan bila hati kita rasa tenang lepas tu,
 maybe that means it is the right choice kan?

dalam Istanbul Aku Datang tu, kan filem cinta kan..
since diri sendiri ni pun sedang serabut dengan isu cinta ni..
'putus cinta la katekan'
mesti la rase nak hidup yang lebih baik lepas ni kan..
(post pasal diri sendiri.. =.=")

ade la satu tips kot.
kalau kita tak pasti nak pilih apa.
n semua orang pun macam tak bagi advice yang memberansangkan kan..



caranya, kita tetap kan 1 dateline untuk kita dapatkan keputusan tu.
contoh situasi:
kawan ajak pergi KLCC hujung minggu ni,
tapi kita tak tahu nak ikut ke tak.
so, kita tetapkan "ok, pagi esok, pukul 8 pagi, aku akan tetapkan keputusan aku!"
sepanjang hari tu kita fikirlah sepuasnya nak pergi ke tak.then esoknya bangun lah..
n tepat pukul 8 pagi keesokannya. kita dah dapat jawapan.
text kawan "ok, aku nak pergi KLCC".
then pastu, kita tetap lah dengan keputusan kita tu,.
n tak perlu la nak serabutkan kepala kita dengan hal yang sama dah.
setel masalah kan..

tapi ingat, tak semua masalah cara selesaikannya sama kan...



jadinya, back to Allah..
n i'm sure He will show us the right way.. =)

Have a nice day. thanks for reading
Assalamualaikum.


sAyA sgt rindUkan dia.,


assalamualaikum.,
sobsob..=(
kenape sedih?
rindu kat siapa?
siapa dia tu?

actually this entry is about my kekasih.,
aku ada kekasih ke?
yup!..
aku ada kekasih.,
teman hati.,
yang sangat aku sayang,,

cewahh..
haha., tak reti lah nak buat ayat hiperbola.,

pada 16/6/2012 yang lalu.,
aku bersiap2 nak balik uia after cuti sem yg lame sangatttttttt tu,,
aku penuhkan semua ruang yang ade dalam bonet kereta mak aku tu..baru puas hati kan..
hehe.. sebelum nak bertolak tu, aku tunggula kekasih aku ni..mane la dia ni..tak muncul-muncul..
aku dah la dekat 4 hari tak jumpa dia..
well, aku ni spesis malas nak tunggu,,.so aku anggap bila balik lain kali boleh la jumpa dia...

18/6/2012
terasa rindu sangat kat kekasih aku ni..
nak balik hujung minggu, tak boleh, kena teman along g cameron..
takpelah..lain kali jumpe la..

19/6/2012
jam 9:09 malam..
dapat panggilan dari adikku yang gemukkk
adik : angah, aku ada berita buruk nak bagitahu kau
aku : ape dia?
adik :  **** (nama kekasih aku) dah mati..

dan wajib lah malam itu aku menangis sepenuh hati sebelum tido...
waaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!.. =(

hancur luluh  hati aku,,,
sedih sangat sebab tak dapat jumpa dia..

29/06/2012
hari ni aku balik rumah...
after almost 2 weeks my kekasih dah tak ade,,
on the way balik dr stesen bas ayah aku story la mcm mane kekasih aku tu mati..
dia termakan racun tikus rupenye..
=(
n isteri dye pon dah ikut dia pergi 2-3 hari lepas kekasih aku tu mati..
atas sebab yang sama...

so sad.. mesti ade yang pk, ape kejadah aku story kat sini?
kekasih aku tu dah mati..bukan boleh bace pon...
for your information, kalau dia hidup pon bukan dia boleh baca,,.
sebab dia adalah LULA..


ni la kekasih hati aku kat rumah... lula name dye..
baik, manja, penakut!!..
tapi, dia la yang selalu aku cari tiap2 hari,.. bila panggil mesti dia datang..
kalau tak panggil lagi la dia datang..
tapi hari ni..
dia dah tak ade nak jemput ak kat depan tangga rumah.,
rindu sangat 2 tahun dengan lula.,
=(
rase sedih hati bila berlaku kematian ni, orang lain mungkin tak rase sama seperti kita rasa,..
cuma hati kena kuat, pasti ada hikmah semuanya berlaku.,,,
hm,,,lula..i miss you., kalau kita jumpa lagi di dunia lain, harap dapat jadi teman sy lagi..
rindu sangat kat lula...

=(

thanks 4 reading..

kErAnA kItA saNgAt bErbeZa..story after almost 1 year with Ain..=)


Assalamualaikum..,n salam sejahtera.,
this time nak cerita pasal my roomate sepanjang first year di CFS IIUM,Petaling Jaya., =)

ape lah..dah nak masuk sem baru, baru nak cerita pasal roomate dulu.. huhu.. tak  kira la.. nak cerita jugak!

huhu., sepanjang tahun pertama ni, saya boleh klasifikasikan kami ni sebagai roomate yang unik lah.,

kenape??

ha, bace lah kat bawah ni.. =)

pertame-tame nye..roomate saye name dye Ain..

nak tau lebih, nanti usya sendiri ye.

kami ni unik sebabnye,..ade banyak sebab..

nak kata rapat, tak ada lah sampai share2 rahsie..huhu

nak kata tak rapat, tak ade la awkward sangat..

huhu..

tapi.. kalau orang yang datang bilik kami, boleh nampak kot ape beza nye kami ni.. =)

1. waktu pagi..
- selalunye, Ain bangun pagi dulu..then lepas solat biasanye dia study.. selalu je hafal2..
- tapi aku, bangun pagi, solat.. kalau ade mase lapang, mesti aku dengar radio.. selalunye hot fm n sekarang ni, JOHARA pulak..huhu.. kalau ade kelas pagi, besenye pas solat tu aku akan kalut2 pergi mandi n bersiap n segale bagai la...

2. waktu petang..
- petang biasanye Ain tidur,.kadang2 study.. kadang2 g bilik kawan2..
- tapi yang pasti, aku petang2 mesti tido..kalau tak tido, sumbat earfon kat telinga, n layan cite korea..pastu gelak sorang2.. hehe., biasanye, kalau Ain ade kat bilik time aku gelak sorang2 tu, dia pon akan bukak lappy dia, n pon akan buat benda same macam aku..hehe.. ye la..mane aci aku je gelak sorang2 depan laptop..hehe

3. waktu study week .
-selalunya Ain study waktu malam.. tido awal,.bangun pun awal,then study lagi..sampai la hari exam..
-kalau aku pulak,, bangun tido, tengok Ain tengah study,,. ak pun study jugak.. lepas 30 mnit, ak tido,. macam tu la..sampai la malam nak exam, tibe2 aku pulak tak tido2..hehe..

4. notice board...
- notice board Ain ada macam2 tau,, ada jadual kelas..jadual harian.. kata2 semangat..macam2 la...yang pastinye, Ain ada tampal note, kalau ada kelas cancel, Ain akan basuh baju...
- lain pulak dengan aku.. notice board aku ada jadual kelas, resit2 yang aku belanje, n segala benda yang aku pon x tahu perlu ke x..hehe.. yang penting, aku ni tak rajin basuh baju macam Ain.. bila tengok laundry bag aku dah penuh, baru la aku rajinkan diri ke mesin basuh..huhu

5.part bersihkan bilik..
-yang ni aku paling suka..n memang jelas n nyata..kalau orang yang masuk bilik kami, mesti nampak meja study Ain macam tak ada orang guna..clear je.. bila tengok meja aku, pergh,,penuh...haha.. macam sepuluh orang study kat situ..padahal aku malas nak kemas balik buku tu..alasan aku : senang nak capai dari katil..huhu

6.hujung minggu..
-biasanya Ain balik hujung minggu.. n dia akan kemas kan katil, loker, n meja study dia sebelum balik rumah hari jumaat tu..
-aku pulak, selalu kate x balik..tapi balik jugak..huhu..tapi macam yang aku cakap tadi, Ain ni sebelum balik rumah dia akan kemas katil,loker dye kan.. tapi aku lain pulak..hari ahad biasanya aku sampai dulu sebelum AIn..ha..time tu la baru aku kemas barang2 aku.. sebelum Ain sampai bilik, aku kemas la katil, loker n meja study aku...
tapi...biasanya time Ain sampai..barang2 aku dah sepah balik dah..hehe..

rasenye setakat ni je la kot yang aku boleh cerita ngan korang..huhu.. nampak kan beza gile kiteorang ni..huhu..
ape2 pun, kalau Ain baca entry ni..
ros nak ucapkan thank you sangat2 sebab jadi roomate yang baik.. =)
mungkin kita tak rapat macam orang lain.. tapi yang penting, kenangan bersama tu tetap ada dalam memori.. =)

last skali, ni gambar ros n ain mase hari last sebelum Ain balik..

curi dari fb Ain ni..huhu..

kenalkan yang mane 1 ain n mane 1 ros..huhu
oke., that's all untuk kali ni..
jumpe lagi,..=)