Pages

CaTaTan PerJaLaNan Skuad Rekreasi di Pine Tree Hill 2014


hai Assalamualaikum w.b.t.

Post kali ini berkaitan dengan pengalaman seramai 15 orang students batch RX12 Kulliyah of Pharmacy IIUM Kuantan yang pergi trip hiking ke Pine Tree Hill, Bukit Fraser.
pada 11.45 malam, 21/3/2014. semua peserta berkumpul di ground floor Tabari 4.
masing-masing excited. tunggu van lama punya pasal, so sempat selfie dulu.





time ni masing2 test monopod baru..lol.. sampai nak dekat pukul 1 pagi la jugak kiteorang tunggu abg van yang sesat tu.. maklumlah..tabari ni kan terpencil sikit dari google maps.hehe..
bila van dah sampai tu, satu hal lah pulak nak susun kanak2 riang ni ha... 
kejap duduk depan, kejap naik kereta, kejap ke belakang. akhirnya masalah selesai bila bazli, kak ina, hanis, sarah n ros naik kereta, n yang lain2 naik van. Alhamdulillah muat2 je. ada hikmah Afifi cancel pergi last minute sebab kalau dia ada, tak tahu lah kat mana nak sumbat itu leng chai

Memulakan perjalanan sekitar 1.15 pagi, kami berhenti rehat di R&R Temerloh pada jam 3.30 pagi. dan kembali meneruskan perjalanan ke Fraser Hill pada jam 4pagi. Kami melalui route Bentong since ikut situ jalan lagi clear and selamat kot??.. 

6.00am, 22/3/2014
-kami tiba di Fraser Hills dan segera mencari masjid untuk menunaikan solat subuh dan tukar pakaian sukan untuk hiking #katenyeee..

 inilah view masjid Fraser Hill. serius sejuk!!! 
 masjid ni selesa untuk tumpang berehat seketika. imam masjid jugak baik sangat. di sebalik tirai tu dapat dengar beliau berkongsi tentang ilmu agama. dapat la pengisian rohani sebelum hiking kan. =)
 kabus tebal. sejuknye tu boleh tahan laa kan..
 tengah menggigil pon sempat bergambar
 abg driver van da start tunjuk bakat sbgai photographer.
12 sisters and 3 brothers.

can somebody help us to control that girl with green sleeves shirt??

gossip2 wany  dgn abg driver van bermula...haha

sweater putih tu la abg fairuz. driver van kiteorg. =) 



8.00 am. 22/3/2014

kami bergerak ke pine tree trail. tak jauh pun. naik kereta ada la dalam 5 minit.
sebelum masuk entrance tu, masing2  breakfast sdn.bhd. dan stretching.
diikuti dengan simple tazkirah from bro hairstylist kita, Hilmi Razali dan juga bacaan doa.
kat sini jugak, kite orang start distribute barang2 makanan so takde la sorang je yang angkut stove, butane gas, dan makanan.

RX12 ADVENTURE TEAM

bersedia untuk bermula!!!

lepas tu bermulalah perjalanan kami trekking+hiking merentasi Pine Tree Trail. 
satu aktiviti yang sangat mencabar mental dan fizikal. tapi lebih kepada mental la sebenarnya.
Jom tengok gambar sepanjang perjalanan. =)

tempat wajib bergambar di pine tree trail. =)
the main entrance

norra and atiqah!

konfiden sangat orang depan berjalan.
rupa-rupanya masuk kawasan rumah orang. malu weyh!!!!
nak cover line punye pasal, bergambar la sekejap kat rumah orang ni. 

rumah ini dipercayai lokasi penggambaran filem I'm Not Single!
Bukan I am Single ye... cc: HamizahJabar

sopannye hilmi duduk. mohon bazli contohi adik.

again. sopannye class rep! haha. tangan tu takleh bla.
ekspedisi bermula~

awal-awal sakan la bergambar. sejuk lagi kan/

halangan balak yang pertama

boleh pilih nak lalu atas ke bawah

lompat lompat!

masih bertenaga

berehat seketika. nampak tak bazli di hadapan?

kami cool je jalan belakang2 pon. =)

dua-dua foreigner kan ni?? #ehh

tengok tu ada yang mengengsot bagai nak redah balak tu.

jammed teruk! bazli masih tersenyum di hadapan.

sisters bond~

peace~ hihi. v(^.^)v

boleh makan tak ni???

Atiqah: korangg!! kamera niiii
orang2 depan: lantaklah.. tangga ni weh!!

with le bodyguards~ lols

ok dah lepas tangga bolehla bergambar!!

geng belakang masih cool..


buah hutan.tak nampak monyet makan, so tak boleh makan.

cantik tak bunga ni??

berjumpa dengan lipan sejati.

cuba kira kaki nye ada berapa?

yeay!!! da 1.8km dah.

jumpe tangga lagi.. =(

wajah ceria bazli sepanjang perjalanan sebab dikelilingi sisters. mungkinkah dah bertemu seseorang??

parasit~


ulat ape ni??

batu penanda. sebelah di selangor. sebelah kakiku berpijak di bumi pahang.

again! wajah gumbira bazli dikelilingi sisters.
bazli : aku seronok betui hari ni.hang jangan jeles hilmi. hang 21 nanti baru rasa.
hilmi : tak pe billy, aku bagi chance kat hang.


siti : hilmi! kau jaga sweater dengan beg aku tu baik2! jangan cicirkan lagi! aku tumbuk kang!
bazli : hai hanis!
hilmi : cheese~
sarah : eh, masuk tak muke aku ni dalam kamera?? 

bazli : emang, awat hang berdiri?
emang : aku rase aku lagi hensem bila berdiri. jangan bagitahu orang tao.
hilmi : beres!!

emang : eh tetiba rase comel pulak bila duduk ni.
hilmi : *tahan muntah*
ather : nak gadoh ke?

am : weh apsal korang snap aku tengah betulkan tudung ni??
piqa : relax la am. tengok pose kite ni...
kak ina : peace forever~


peace, no war..

our superheroes.

kak ina legend!!

indah ciptaan-Nya.

yang paling senior vs yang paling junior. muehehe *evil laugh*

dalam hutan, ikhtilat pun kena jaga. 

ni mase dekat gua mini. 
berhenti rehat untuk yang ke berapa kali entah..
abaikan mizah yang terpejam mata tu.
mase ni isu lesen menjadi topik perbualan. 
sisters : billy, kau takde lesen?? ape kau ni...
billy : buat apa nak ada lesen. korang tak tahu ke statistik dari kerajaan, 90% kemalangan berlaku kepada orang yang ada lesen?? #lawakhambar

hai orang atasss... 

lagi 3km je tinggal ke first peak!!

daun chantekkk~

Aiman main cak cak pulak..

hana : alamak terjelir lidah la pulak.
piqa : oh  bahagianya cahaya matahari menyinari wajah jelitaku
miza : ek eleh korang ni... 
hilmi : good job camera man.
billy : ada orang perasan tak aku tengah kentut ni??
wani (belakang billy ) : selamatkan aku!!, \(*_*)/

cabaran paling tough! 80 degrees cliff! tak nampak ape ada kat atas.

wani : adoi penatnye.

wani : eh, apsal mata aku keluar dari spek ni??
kak ina : eh kamera!!!!
sorry, tak nampak kak ina.......
ather : I am so tired. Lucky I have this magic stick.
piqa : magic stick la sangat~~~

selamat datang ke gua hikmat.

ulat gonggok hutan yang pertama.



miza : billy aku penat!!
bazli : kejap miza. tunggu aku datangggg!!

sisters ayuuuu..



macam nak masuk gua je mek ni...

4.2km from the main entrance.

ather : look at my magic stick.
hana : kat insta boleh dapat lagi murah. free postage lagi
piqa : aku nak beli aku nak beli *genggam tangaan*
emang : jangan bagitau orang tao.

haii..sempat snap gambar duduk atas kayu ni sebelum patah.

sarah : eh kat pokok tu macam kawan saya je.
kak ina : jap jap kak ina ambilkan gambar.


gua lagi..

80 degrees cliff!

penatnyeee

tangga hikmat.

bazli : dah dah la peace nye dayang-dayang sekalian.







kak ina : junior dok belakang kay.
hilmi : baik kak!
apek tepi tu : hey lu orang, cepat sikit.wa mau naik ni.

5.1km from main entrance. 
akhirnya...
.
.
.
.
.
.
.

puncak!!!!!!!!!!
fyi, pine tree hill ni ada dua puncak. so, bila da sampai first peak tu, turun balik, ikut kiri. then jaaaalann je sampai twin peak/. =)
nak ke second peak tu memang cam sunyi sikit. don't worry kay. make sure jangan jalan sensorang lak ye.




belum bersedia..lol

bergambar bersama hikers yang lain. walaupun tak kenal, tp mereka ni semua bagi semangat tao. ni yang paling best dalam hiking ni. =)


nasib laaa piqa termasuk sekali..lol

lagi muke piqa..haha


piqa lagi..hashtag piqa. haha

untunglaa mek dua orang tu dok bawah pokok.

piqa buat muka lagiii

this is the moment bila billy berhijrah menjadi billyrina hijabista

twin peak view






billyrina hijabista menonjolkan dirinya.
hilmi n aiman masih berdating.
miza seperti biasa pejam mata bila amik gambar.

aiman x sempat nak wat love.

berebut2 nampak monopod



kak syasya..lols

ni mase kat first peak


kak ina.




sape kacau kiteorang makan ni..

ather sempat buat peace sebelum tidur kat puncak.lols

all of us

skuad rekreasi rx12


we did it!!





aksi bile monopod berpusing 45 darjah ditiup angin.


peaceeee~

2.30 pm.
-setelah makan puas2 dekat puncak. kami pun turun....
-balik lah kannnnn.. sepatutnya sekejap je perjalanan turun. tapi disebabkan one of us yang dah tak larat, so perjalanan kami tertunda. dan keluar dari trail kira-kira jam 7.30pm
-tambah pula air dah habis. tak sempat nak solat asar, lalu kami pun bertayamum. satu pengalaman yang baru buat semua orang. bertayamum and solat dalam hutan. 


nak turun kat cliff ni satu hal pulak dahhh

yang bawah bagi sokongan kat atas..

piqa turun dengan cun nyee..

inilah cliff kiteorang naik. mencabar la jugak.kat tengah2 tu batu. bukan akar semata-mata

berehat

penat tunggu orang atas turun.

keep clean.

gatorade pun dah abis.

tangga kesayangan

aiman pon dah penat. dengan cramp lg..


masih bertenaga?

ather dah pucat.


akhirnya jumpe jugak main entrance ni..

tadi masa mula2 ramai yang berdiri. hala balik semua dah duduk. tak larat dah.

sebelum balik tu sempat la jugak bergambar kat clock tower.
bukti sampai kat fraser hill katenye. 

aiman, hilmi and bazli.

heroes pun nak bergambar.

berdiri ikut ketinggian.

comot-comot pun bergambar.




ather

sarah

tiqa, norra and kak ina.


hana n am.


ather, hanis, piqa n sarah




sekian saja, goodbye fraser hill. 
#keepcalmandhikeup
ignore the losers.


-hak cipta terpelihara skuad rekreasi RX12 #original-










Bukit Tabur East 2014

12 Januari 2014.

6.30am.

"Bangun!2x. Subuh!2x. Hiking!2x. Bukit tabur bukit tabur!"

Bingit along kejut pepagi macam tu.
Tambah pulak tak cukup tidur malam sebelumnya.
Konon2 xnak naik semalam.
Pagi ni dia pulak yang semangat kejut orang.

Memulakan perjalanan pada jam 8 pagi, aku dengan along bertolak ke Taman Melawati.
Berkumpul dekat kedai mamak untuk gather dengan geng2 yang join sekali.
Kedai mamak ape aku pon dah lupe.hehe

So that moment, kiteorg breakfast dulu. Roti canai + milo suam.
(Makan lelebih nanti memulas kat tengah2 bukit payah pulak).
Mula2 jumpe dengan bro. Faizal dulu.
Then abg rain pun sampai. Followed by tuah n jambu.
Lepas tu guide kiteorg, abg burn pon sampai.
Last person, br. Hafiz.
Mane entah tak sampai sampai.

Tuah : eh cukup dah ke ni? Ni je ke yek?
Abg rain : ade lagi sorang. Hafaiz ke hafiz entah nama dye. Eh ko kenal tak?
Jambu : entah. Tu bukan ke kawan si *takingatnama* ke?
Abg rain : entah. Ye ke??
Tuah : message la dye.. tanye kat mane..

. . . . . . Abg rain pun message kat br. Hafiz tu......

Abg rain : ade kat mane? Join tak bukit tabur?
Hafiz : saya ada je kat sebelah ni......

*krik*krik*krik*

Laaaa..rupenye ade je kat meja sebelah. Lama dah sampai rupenye.
So lepas siap2 breakfast, dlm 9.15 kiteorg pun gerak ke starting point bukit tabur east.

Semua bajet terror stretching pon ala ala kadar je...

No wonder la x sampai 10 minit naik, dah nak pitam aku ni..
Setelah setahun  tak hiking kot~ last naik broga je..leuls~

So rehat jap.. time tu baru lagi nak kenal2 dengan diaorang semua.
Then lepas 5 minit rehat tu dah ok, terus follow jambu,.
Jalan depan sekali, dia sesat aku pon sesat. Lol.
Konfiden tu penting kata Jambu.

Then kiteorg pun terus la jalan n jalan n jalan lagi..
Tapi biase laaa.. amatur an... banyak pulak berhenti,
Plus senior2 pulak tak abes2 berhenti ambik gambar an..
Bukan setakat snap je, dah snap tu nak upload fb dulu.. leuls~

Teruskan perjalanan, lame jugak la,,.
Dalam pukul 11 pagi kiteorang pun sampai la puncak,,

View dia wa cakap sama lu memang cantik!!! Puas hati sangat2 lepas naik tu.
Hilang penat!!
Lepas lepak2, borak2, snap2 gamba, so kiteorg pun turun laa...
Turun ikut jalan lain tau.
Nanti akan jumpa rumah orang asli.
Awas jugak kat laluan turun tu.
Ada banyak kesan B@B1..kot2 kena kutu B@B1 kang.,.haaaaa...

Selain daripada tu, trail kat bukit tabur ni, boleh tahan laaaa menguji nye.
Cliff dye memang bikin cuak la.. ada la dalam 70ยบ++..
Masa nak naik tu kemain laju..
Nak turun tu.., haaaa...
Satu cerita pulak dah.. daripada abg burn. Ke abg rain, ke br. Faizal.. ke  tuah yg tolong pegang kaki untuk guide nak pijak kat mane. Last skali jambu jugak yang jaga sampai habis.

At first rasa macam tak nak hiking dah,,. Kononnnnnye laaa.
Tapi takkan nak berhenti macam tu je kan..
That was the beginning for my hiking journey.
Terima kasih kepada semua yang membimbing.
Jasa uolls sangat2 dikenang.  =)

Ade la jugak letak beberapa pic yang sempat snap hari tu.,hehe..

Ni mase breakfast kat kedai mamak
Ni masa awal2 lagi. Tu yang semangat nak naik atas tau
cabaran bertali yang pertama..nervous bak hang.. 
Ni mungkin peak.. tapi x cun untuk bergambar..so teruskan perjalanan, dePan sikit tu baru lAwa kalau nak camwhore
Ni abg rain.dye gayat asalnya. Tapi berani kan diri jugak, fear factor katanya. BawAh tu cliff tao
Ni kat puncak., my sis still gayat,,lol
Ni on the way turun, nampak tak semya orang stuck kat atas sbb aku (baju coklat) tak reti turun? 
Bawah nye tu jambu laaaa yang tolong guide kan
Ni view dekat puncak.. mmm.. apek tu interframe skali.. -_-
ni pon tempat hot nak bergambar.  Bawah batu tu, cliff setinggi 200m.
hati2 kat sini. Licin.
tengah spot nak beli tanah mane satu.,hehe
kemain banner #technodiver... lol..padahal abang rain sorang je diver nye,,leuls yang baju biru tu guide kiteorang, abg burn name dye. Dye ni tiap2 minggu naik bukit tabur tau.
still on the way turun
ni view bukit tabur west dari bukit tabur east.

sekian sahaja entry kali ni., maaf gambar berterabur, gune tab je update ni., hihi.

=) 

#keepcalmandhikeup

Tutup ke Biarkan....

Assalamualaikum.,

Entry kali ni pendek je kot..hehe..

Alkisah suatu pagi tu...
Time tu sedang bersiap siap la nak pergi kelas pukul 9 pagi...
Macam biase la kan budak pharmacy mestila kelas awal an..

So seperti biase sedang susun2 barang2 yg nak guna hari tu,.
Aku pun amik la bekas2 contact lens.. ye la,,nak basuh kan..

So cerita dye time kat toilet tu...
Aku basuh la bekas contact lens tu kat sinki..
N time tu tangan aku memang penuh la dgn bekas contact lens tu.. time tu aku basuh dua bekas rasanya.

Bila dah siap basuh tu aku pun nak tolak la paip tu nak tutup air kan...
Paip tu pulak dah loose... so kalau terlebih tolak, air dye pun menitik lagi la...
Tapj x banyak.. so sbb tangan aku penuh time tu aku pun blah je la.. biarkan je paip tu airnya menitik nitik...

On the way nk keluar toilet tu tetibe rasa bersalah gila laaa..
Dalam hati time tu duk berbisik " nak tutup ke tak ye? Ala tak payah la.. tak sempat dah... tapi,... nanti kalau kat akhirat kena tuntut macamana?? Takpe kot.. orang lain steady je., tapi kena tutup jugak ni.., Alaaa.., tak payah laaa"
Masa tengah jalan tu memang kusut gila pikir.. rase nak mengamuk pun ada.. x tahu patut patah balik ke tak..
Keluar je dari pintu besar toilet tu terus aku istighfar panjang..

"Astaghfirullahalazim ya Allah,,"
Lepas tu tetibe je satu drpd bekas contact lens kat tangan aku tu terjatuh..
Nak tak nak memang kena patah balik masuk toilet n cuci semula bekas tu..

Alhamdulillah kali kedua masuk toilet aku pergi sinki yang sama, basuh balik bekas contact lens tu..
Kali ni memang aku tutup rapat paip yang airnye menitik2 tadi..

Masa tu rase lega gila... Allah masih lagi bagi peluang kat aku..

Cuba bayangkan., kalau kat akhirat nanti kita dah betul2 nak masuk syurga, tetibe ada paip ckp "Ya Allah, masa dia hidup dulu dia biarkan je air menitik keluar dariku, membazir nikmat dariMu Ya Allah,"

Mungkin benda ni nampak macam simple.. tapi beringat la...
Lakukan sesuatu tu bukan untuk kebaikan kita je, tapi untuk kebaikan bersama..

P/s : yang selalu kelua toilet x flush tu mohon rasa bersalah sikit ye...

Aku Anak Pemandu.

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama tak update blog ni.
Bersawang, habuk, debu bagai...
Hari ni terasa nak update sesuatu la pulak..hehe..

Hari ni nak share la pengalaman aku dengan korang. Ala2 kisah darjat2 jugak la ni..
Sebelum tu aku nak share sikit la tentang diri aku yang berkaitan dengan story kali ni...
Aku anak kedua daripada empat orang adik beradik. Dan aku anak perempuan bongsu.. hehe
Parents aku dua2 kerja dengan Felda. Mama aku sebagai pembantu tadbir, dan abah sebagai pemandu je...

Nak dijadikan cerita, selepas mendapat keputusan SPM pd tahun 2011, sama juga macam orang lain, aku pun bertungkus lumus isi upu, biasiswa, dan termasukla borang IPG pn aku isi. Alhamdulillah rezeki agaknya, aku terpilih untuk ke temuduga IPG di Kuala Lipis. Masa tu aku interview untuk subjek Chemistry.
Pada hari interview tu, abah yang hantar aku ke sana. Perjalanan dari rumah ke kuala lipis mengambil masa kira2 1 jam setengah jugak la..

Mase interview tu ade 3 ujian kalau tak silap, mula2 ujian bertulis, lepas tu temuduga berkumpulan, diikuti dengan temuduga secara individu.
Semuanya berjalan lancar sehingga lah aku masuk untuk temuduga individu.

Encik 1 : awak ros shakinah binti hashim?
Aku : ya saya.
Encik 1 : okay, sekarang perkenalkan diri awak dalam bahasa melayu.

Aku pun perkenalkan diri aku. Cerita pasal adik beradik. Latar belakang keluarga. Termasukla pekerjaan kedua ibu bapaku.
Lalu sesi temuduga individu pun bermula. Pelbagai soalan diajukan dan aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab dengan penuh yakin. Sehinggalah soalan terakhir yang diajukan oleh penemuduga yang ketiga.

Encik 3 : tadi awak cerita bapa awak bekerja sebagai pemandu kan?
Aku : ya, ayah saya bekerja sebagai pemandu.
Encik 3 : kawan2 awak yang lain, semuanya anak doktor, engineer, pilot.. awak anak pemandu je.
                  Latar belakang awak tak sama dengan mereka. Awak rasa awak ni layak ke  nak jadi sama2 dengan mereka? Awak tak malu ke ayah awak kerja jadi pemandu je? Orang lain semua anak orang senang.

Fuhhhh... sentap aku dengan soalan tu., tak pernah aku g interview org ckp pasal kerja ayah aku.
Nak marah pon ada. Sedih pon ada. Aku pon fikir la kejap dalam 30 saat aku pn jawab dengan tenang sambil tenung muka orang yang interview aku sepranb demi seorang.

" Encik, saya memang anak pemandu. Ayah saya memang kerja sebagai pemandu. Saya tahu saya tak sama macam orang lain. Permulaan hidup saya memang susah. Tapi walaupun ayah saya pemandu, tak pernah sekali pun dia abaikan saya. Tak pernah pun ayah saya miss nak datang sekolah untuk tanda buku rekod saya malah bangga lagi nak sign buku rekod saya. Saya tahu orang lain anak orang hebat2. Anak doktor, mungkin anak pensyarah macam encik2 ni. Ayah saya pemandu je, tapi setiap dua minggu, ayah saya datang melawat saya di asrama yang jaraknya lebih 200km dari rumah saya. Kawan2 saya yang anak doktor, anak engineer tak de pon macam tu. Kenapa saya nak malu? Hari ni ayah saya yang hantar saya ke sini. Ya, ayah saya yang seorang pemandu je boleh hantar saya ke sini. Encik2 yang dah berjaya boleh hantar anak2 encik macam ayah saya buat? Sempat ke? Kenapa saya nak malu kalau Ayah saya lagi hebat dari encik.."

Seorang dari penemu duga itu tunduk. Yang lain2 da berubah muka dan mengangguk mengiakan apa yang aku cakap dan dia orang pu  berbincang la sekejap.

Encik 2 : shakinah, saya rasa tempat awak mungkin bukan di sini, kat luar sana banyak lagi tempat yang lebih baik untuk awak. Yang penting semangat tu jangan hilang.  Nanti dah berjaya, jangan lupakan jasa ayah awak. Nanti dah berjaya saya nak awak balas balik semua usaha ayah awak. Buktikan ayah awak ayah yang berjaya. Saya doakan awak berjaya kat luar nanti.

Oh masa tu aku pon speechless dan lepas cakap terima kasih aku pon keluar. Blur seketika. Tengok abah dah tunggu kat luar.

Abah : ha macamana? Ok tak?
Aku : ok je.. tak de ape pon lah., hehe

Ya saya anak pemandu je. Bukan anak orang kaya macam orang lain. Tapi abah sentiasa berikan yang terbaik untuk kami adik beradik, sentiasa buat kami macam anak2 orang lain. Setiap kali datang melawat kat asrama, sebelum balik abah dengan mama mesti pesan "belajar elok2. Dapatkan straight A's ye".. orang yang paling happy bila tengok anak dye naik pentas dapat hadiah. Even da masuk uia pon abah still lagi datang melawat. Along yang duduk dekat gua musang pon abah nak datang tengok lagi. Padahal kitaorang yang patutnya balik. Tapi abah kata takpe. Abah cakap, "Biar la abah datang tengok anak dara abah, sejuk sikit hati nanti nak serah kat orang lain jaga bila abah dah tak ada nanti."

Sekarang Alhamdulillah dah senang. Abah kata seronok tengok anak2 dapat belajar tinggi-tinggi.
Terima kasih abah sebab jadi ayah yang baik. =)
I love you so much.

P/s entry kali ni tak banyak cerita pasal mama sebab ni entry ekslusif untuk abah,, hehe.. ok bye. Assalamualaikum =)

Napuka

Hai assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit la pasal si napuka ni,
Maklumlah,,lately ni si napuka ni jadi famous..

Asalnya napuka ni dtgnye dari sebuah kampung di Isola.
NAPUKA TERKENAL SEBAB PERANGAI DIA JE...
Napuka ni perasan cantik seolah olah dialah paling cantik dalam kampung tu.
Dia juga merasakan dia layak untuk mendapat anugerah sebagai bukti kecantikan dia tu dan untuk buat semua perempuan kat kampung tu jeles la dengan dia.
Napuka ni juga bijak orang nya.
Pada usia yang muda, beliau telah menguasai pelbagai skill.

Namun pada suatu hari napuka berjalan2 di tepi pantai dan terjumpa sebotol air  minuman.
Dengan rasa ragu-ragu, napuka minum air tersebut.
Akibatnya beberapA kebolehan yang pernah dia kuasai telah hilang seperti kemahiran bertukang dan menanam.
Akan tetapi, napuka masih tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha meningkatkan kemahirannya dalam bidang sains. Pada usia 20 tahun, beliau telah menjadi trainee scientist di kampungnya.

Walaubagaimanapun, usia napuka tidak panjang. Akibat kekurangan tenaga pekerja dan kemahiran bercucuk tanam, kampung nya mengalami masalah kekurangan makanan. Seluruh penduduk kampung kebuluran termasuk napuka. Akhirnya napuka pun pergi buat selama-lamanya.
Tinggallah kampungnya sebagai sejarah.

Berikut beberapa gmbar napuka semasa hayatnya dan juga semasa mati,,,
Buat tatapan anda yang baru nk knl dgn napuka ni,,hihhihihihihi..

Pd hri ni bilik kami di tab 3.7 tab 4, gune istilah napuka ni atas bnde2 ngarut je.
Napuka boleh bawa maksud macam2,.lapar, kelakar, mengarut, sengal..napuka blh jd sesiapa je n sape2 pn blh jd napuka.,. semuanya napuka lah,. Hihi,, akhir kata, napuka lah napuka ni,, hihi., bye2 napuka2 semua =)